Ada apa dengan bola?
Serius tak faham..
Serius tak faham..
Misi : Tutup mata kanan dengan kad ni..
Aku : Baik Cik Puan Misi.
Misi : Sebut huruf saya tunjuk.
Aku : A
Misi : Ok, yang ni.
Aku : Emm.. O
Misi : Haipp..cuba tengok betul-betul.
Aku : Err... D
Misi : Ish mana pulak D
Aku : Eh salah lagi ke. Mana mungkin aku lulusan Tadika ABIM tak boleh kenal abjad. Cakk!!
Misi : Janganlah alihkan kad kat mata kanan tu...
Aku :Sori Cik Puan Misi..Jangan tolak markah aaa...
Nota tumit kaki: Tenkiu Cik Puan Misi sebab bagi markah penuh.. Dalam banyak-banyak bilik, Aras 2 aku pegi last sekali...
Aktiviti aku sepanjang cuti sekolah...
1. Dengan serela-relanye menawarkan diri untuk menjadi guru bertugas SPM...
30/11 Pendidikan Islam 2 ---> dah selesai. Ada lagi sehari,6/12 Kimia 2..
2. Berpura-pura rajin menyiapkan RPT Sains Ting 1 dan 2... Ting 1 br 30% siap... Ting 2 negatif 1% siap...
3. Untuk mengelakkan otak aku jem bila stat sekolah, aku telah dengan berbesar hati menerima tawaran menjadi guru tusyen utk program cuti sekolah... Isnin - Khamis. 9am - 12pm.. Tapi pukul 8 aku kena datang dah... Sebab ada parent yg hantar anak awl sebelum p keje...
4. Memenuhi udangan perkahwinan... Makan nasi minyak...
5. Belum fikir lagi nak buat pe...
Seminggu lagi orientasi untuk guru-guru baru tamat. Habis orientasi bermakna,aku perlu menghantar buku log. Setakat ni cuma 50% baru siap. Sebelum ni takde masa nak ngadap lama-lama buat buku log. Sebab setiap kali sebelum masuk kelas, terutama kelas Sains, aku kena review cd paling minimum dua kali baru aku betul-betul faham tentang topik yang nak diajar. Aku jugak kena buat soalan Sains untuk ujian 3. Baru 2 minggu di sekolah, aku tak tahu lagi tahap pelajar, topik yang dah diuji, tiba-tiba kena buat soalan. Hari ni kena bermati-matian buat buku log. Pening-pening.. Semua kerja kena siap pada masa yang sama..
Kedatangan aku memang ditunggu-tunggu memandangkan seorang guru telah sebulan berpindah. Jadual yang aku terima 25 waktu seminggu,subjek Sains dan Matematik Tingkatan 2. Aku perlu mengajar 5 kelas. 1 kelas rancangan khas yang mana pelajar-pelajarnya mendapat 4A dan 5A dalam UPSR. 1 kelas yang boleh dikategorikan agak baik. 1 kelas sederhana. 1 kelas lemah dan 1 kelas terakhir,sangat-sangat lemah. Semua aku rasa...

Menikmati Lalapan Ayam di Miri. Ayam digoreng garing2, ada kacang panjang, kobis, timun n pucuk ubi rebus. Dicicah pulak dengan sambal belacan. Memang sedap. Kalau Pantai Timur femes dengan Nasi Dagang n Kasi Kerabu, Sarawak ada Lalapan dan Nasi Ayam Penyet. Lalapan tenggiri, kembong, keli, daging... sebut aje... Semua ada.. RM10++.. Tekak yang kering pun basah dek Teh C Peng... Teh Ais...

Jadual perjalanan disediakan oleh pemandu pelancong ^_^
Muzium Alat-alat Kebesaran Diraja... Masuk percuma. Menayangkan cenderamata yang diterima oleh Sultan Hassanal Bolkiah dari merata-rata negera..
Kampong Air... Sila ke sini..
p/s: Brunei... Sepuluh kali fikir kalau nak ke sana lagi.. Apa yang dibayangkan oleh minda, tak sama apa yang dilihat oleh mata..