Rutin
Setelah berhari-hari dalam mode bermalas-malasan, aku mula mengemas apa yang patut untuk ke Sungkai Sabtu ni.
I
Semestinya men'google' info tentang sekolah; Sej, Visi, Misi dll. Nanti tak lah ternganga masa sesi soal jawab dengan org No. 1.
II
Selongkar, gali almari cari buku-buku, kitab-kitab lama yang mungkin boleh digunakan sbg bahan P n P. Sambil-sambil tu cari jugak Huraian Sukatan Pelajaran ICT. Masa ni lah macam mak kucing cari anak.
III
Puluhan, ratusan, ribuan dan jutaan terima kaseh kepada Oor kerana sudi mengumpul dan menghantar Lesson Plan pada semua teman-teman AT20. Tapi ada lagi LP yang aku tak download lagi.
IV
Sesi pilih-memilih, lipat-melipat dan basuh-membasuh yang tak pernah selesai.
p/s: Dalam debar ada rasa tak sabar sebab aku sangatlah tak produktif masa-masa cuti nih.