gravatar

4T

Hari ini buat pertama kalinya aku mengajar subjek Science di kelas 4T. Aku ditugaskan untuk membincangkan soalan mid year exam yang lepas.

"Class, now you tell which questions you did not understand. I will explain to you"

Hampir seluruh kelas menjawab:

"We don't understand all questions teacher"

Gulp.. Takkan semua... Apa yang mereka faham selama ini. Tidak dapat dibayang apa reaksi guru yang mengajar sebelum ini jika mendengar reaksi mereka. Semasa sesi perbincangan dijalankan aku berasa kecewa, sedih melihat bangsa sendiri yang sambil lewa. Sedangkan bangsa asing mendengar dengan penuh teliti dan mencatat setiap butir bicara aku. Aku akan cuba membantu mereka supaya mengubah sikap lewa itu. Aku tidak mahu mereka menangis di kemudian hari. Tetapi mampukah aku untuk mengubahnya, sedangkan diri sendiri masih terawang-awang?