Buku vs Aku II
"Emm.. Bila nak jadi cikgu ni, awak kena ada jiwa. Jiwa mendidik. Saya tengok awak mengajar tanpa jiwa.", kata Cikgu H, guru pembimbingku.
"Entah. Saya pun tidak tahu kenapa saya jadi macam ni.", jawabku.
"Awak kena mengajar sepenuh hati. Pelajar pun akan faham apa yang awak sampaikan. Baru ada jiwa.", sambung Cikgu H lagi.
"Saya faham. Cikgu pelatih ni banyak tekanan. Saya dulu pun macam awak jugak. Tapi cuba baiki. Cari cara atasi kelemahan ni. Ok?", tambah Cikgu H di akhir sesi refleksi.
Rupa-rupanya jiwa itu merupakan kunci kepada segala kekusutan aku selama 8 minggu ini. Sejak mula menjadi guru pelatih di sini, aku rasa seperti kekurangan sesuatu. Kini pencarianku telah berakhir. Aku telah dapat jawapannya.
Tidak dinafikan sebelum ini, dari peringkat membuat persediaan mengajar hinggalah menyampaikan isi pengajaran aku cuma memikirkan kepentingan diri sendiri. Bila pelajar telah diketepikan, maka aku sebagai guru juga diketepikan. Tidak hairanlah bila ada pelajar yang gemar 'bertanya' kepada buku daripada bertanya kepada aku. Kerana mereka tahu aku tidak sepenuh hati menjawabnya.
Kepada anak didikku, maafkan gurumu ini kerana sedikit culas menunaikan amanah yang diberikan.
p/s: Adakah ini tandanya aku cemburu? Oh tidak, aku gembira melihat inisiatif anak didikku.