Beg kecut.
Pernah tak,bila kita perlu berjalan jauh (travel), tak kira la apa sebabnye, bercuti ataupun kerana tuntutan tugas antara masalah yang dihadapi, beg terlalu kecik untuk barang-barang kita. Walhal barang-barang yang nak diangkut banyak sangat. Kalau boleh segala macam benda dalam almari nak diangkut sekali.
Tapi tak perlu bimbang, masalah itu dapat diselesaikan dengan beg kecut. Nama beg kecut tu adik aku yang bagi. Nama antarabangsanya 'vacuum bag'. Cara nak gunakannya pun mudah. Mula-mula, masukkan baju-baju dalam beg kecut. Kemudian tutup. Akhir sekali tekan-tekan dan picit-picit beg tersebut. Tujuannya untuk mengeluarkan segala macam angin yang ada dalam beg tu. Aku tak dapat nak tunjukkan gambar yang sebenar ,tapi boleh la tengok gambar yang aku google kat bawah ni. Exactly same.
Dengan adanya beg kecut ni, kira boleh jadi kecut la semua baju yang ada dalam almari dan boleh lah diisi dalam beg kita yang kecik dengan suksesnye. Beg ni boleh di recycle seberapa banyak yang kita suka selagi tak koyak. Kalau berminat,beg kecut ni boleh didapati di butik-butik yang jual travel product macam pakaian untuk musim sejuk dan segala macam aksesori untuk ke negara Uncle Sam. ^-^ . Contohnya butik Universal Traveller. Rakyat-rakyat di Perlis,Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang sila cari butik lain sebab butik ini tiada di tempat anda. Kalau kat Melaka butik ni ada di Mahkota Parade dan AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre (Ala Jaya Jusco Melaka yang meletup tuh). Ada 3 saiz; S, M dan L. Kalau saiz L harganya RM23.00 untuk dua beg. Saiz lain tak berapa nak pasti. Jadi tunggu apa lagi, dapatkan beg kecut anda hari ini jugak!!!