gravatar

Kacang ajaib

Aktiviti masa petang di rumah aku ialah bercucuk tanam. Jujur aku tak minat dengan aktiviti bermain-main dengan tanah, gali sana,korek sini . Entry kali ni bukan pasal pokok yang ada kat rumah aku atau pokok apa yang belum ditanam lagi. Tapi lebih kepada Intan. (anak jiran yang diasuh mak aku sejak dia selamat dilahirkan). Petang tu, dia pun sibuk jugak nak menanam pokok bunga.

"Intan nak tanam pokok apa?",tanyaku.

"Pokok kacang"

"Ooohhh..."

Aku tanya lagi,"Kenapa pokok kacang? Nak buat apa?"

"Nanti pokok ni besar. Boleh tinggi sampai langit. Lepas tu, Intan nak panjat jumpa gergasi."

"Hahaha"

"Betul la. Lepas tu boleh makan makanan gergasi, curi harta gergasi. Boleh kaya. Macam dalam buku cerita Intan baca."

"Hahaha.."

Sah budak ni memang dah terpengaruh dengan cerita Jack dan kacang Ajaib. Dulu,aku baca jugak cerita ni, tapi tak pernah terfikir pulak nak buat apa yang dibuat si Intan. Hmmm...

p/s: Nasib baik dia tak teringin nak jadi Malika Cucu Betong.