Pi Day

Rasa heran tiba-tiba banner google jadi seperti di atas. Google ni memang suka berubah ikut musim. Ikut tema. Tapi tema kali ni macam alien bagi aku. First impression aku bila tengok gamba kat atas,macam ada sambutan berkenaan Matematik. So dengan menggunakan Google jugak aku menyelam mencari apa la motif gamba tu.
Rupa-rupanya gamba tu sempena Pi Day yang akan disambut pada 14 Mac. 14 Mac jugak adalah tarikh lahir Pak Tua Albert Einstien. Wah!!.. Tak tau pulak selama ni ada sambutan Hari Pi. Hehehe... Kenapa 14 Mac? Semua mesti tau nilai Pi = 3.142. Jadi kalau ikutkan mm/dd/yy pada nilai Pi tu akan jadi macam ni --> 03/14 bersamaan dengan 14 Mac. Dan antara aktiviti Pi Day ialah makan Pai... Hehehe.. Kalau nak tau lagi pasal Pi Day ni, google lah sendiri..